Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

Sijil Kulinari

Program Kulinari menawarkan sijil kemahiran dalam bidang kulinari iaitu Sijil Kulinari melalui pengajian sepenuh masa selama 20 bulan termasuk 4 bulan latihan industri dalam bidang perhotelan. Pelajar akan mempelajari variasi kemahiran dalam bidang kulinari seperti Masakan barat,Masakan Malaysia,Roti,pastri dan kuih muih tempatan serta hidangan Dapur sejuk. Pelajar yang menamatkan 20 bulan pengajian termasuk mengikuti latihan industri akan dianugerahkan Siji Kemahiran Kolej Komuniti dalam bidang Kulinari.